Bab 1

Tangan ditadah dan tasbih kaffarah dilafaz.

Usai bertasbih, mereka bersalaman dan berlaga pipi kemesraan. Memang sudah menjadi adat bagi mereka untuk berjabat tangan dan berlaga pipi selepas usrah berakhir. Masih teringat lagi kata-kata murabbinya tadi.

"Wanita hanya ada dua pilihan, menjadi sebaik-baik perhiasan ataupun menjadi sebesar-besar fitnah. Ingatlah, nabi kita sudah mengangkat tinggi martabat seorang wanita, masakan kita sesenang-wenangnya menjatuhkan martabat kita? Fikirkan."

Nir mengimbas kembali kata-kata murabbinya, walaupun pendeknya ucapan namun maksud tersiratnya amat mendalan sehingga hampir menitis air matanya. Tatkala otaknya ligat mengimbas, murabbinya datang lalu melabuhkan punggung disebelah Nir.

"Assalmualaikum." 

Nir menoleh, "Waalaikumsalam" kuntum senyum juga tidak lupa dihulurkan, dia masih ingat lagi kata murabbinya, perempuan kalau senyum nampak manis.

"Sorang-sorang je?" Kak Bi menyambung.

"Kak Bi nampak saya macam dua orang ke?" soalan dibalas dengan soalan.

"Haih pandai Nir buat lawak dengan akak sekarang ya" seloroh Kak Bi, namun senyum pada mulutnya masih belum lekang. Gadis ini sentiasa ceria, kata hatinya. Nir menghadiahkan senyuman nakal kepada Kak Bi. Menyakat orang memang sudah menjadi tabiatnya bagi menghilangkan  kejanggalan yang terwujud.

"Zinnirah memang suka duduk sorang-sorang dan termenung ya?" soalan sekali lagi diajukan dengan harapan supaya Nir tidak membalas dengan soalan juga.

Kali ini soalan dibalas dengan satu senyuman yang menampakkan bracesnya yang berwarna ungu cair tanda dia mengiyakan. Nir memang tidak menafikan yang dirinya memang selalu berfikir. Dirinya memang seorang yang banyak berfikir dek kerana masalah-masalah yang membelenggu dirinya yang tidak pernah bernoktah.

Deringan telefon Zinnirah memecahkan kesunyian dengan lagu Redha nyanyian I Voice. Tangannya pantas menyeluk tas tangannya yang setia berada di sisinya. Sebelum telefon itu digagangkan, dia melihat nama yang terpapar di dada telefon itu.

'Umi <3'

Lantas tangannya men'swipe' selepas melihat nama si pemanggil.

"Assalamualaikum Umi."

"Waalaikumsalam Nir. Nir cepat balik nak! Abuya kau!" Umi bernada panik. Terus talian dimatikan. Riak wajah gelisahnya memang tidak dapat diselindungkan lagi.

Kak Bi yang masih setia di sisinya juga mula berasa bimbang akan perubahan yang dipamerkan pada wajah Nir. Mana tidaknya, senyuman yang mekar di bibirnya secara serta-merta bertukar kepada pucat lesi.

Kenapa? Kenapa dengan Abuya? Takkanlah... Sekali lagi?

Dadanya berombak kencang. Rasa takutnya bertandang yang membuatkan jantungnya berdegup laju. Zinnirah bingkas bangun dari duduknya. Sebelum dia mengangkat kaki dia bersalam dahulu dengan Kak Bi. Masih tidak dilupakan adabnya walaupun dia ingin bersegera.

"Maaf ya kak, saya nak cepat. Assalamualaikum, balik dulu" pantas sungguh ayat itu keluar dari mulutnya disebabkan kegesaan yang berada di hatinya.

Zinnirah pantas melangkah mendekati keretanya, kunci kereta tersemat di dalam dakapan tangannya. Selepas memasang kunci, gear ditolak sekuat yang mungkin dan membelah jalanraya.

*

Jendela di tepi katilnya ditenung lama. Kelihatan anak-anak kecil bermain keriangan di luar rumah, terasa rindu di jiwa tatkala bergelar kanak-kanak. Hanya berfikir tentang keseronokan semata-mata. Tangannya leka bermain dengan pen yang berada dalam tangannya. Kerja yang bertimbun langsung tidak diendahkan.

"Oi kakak yang cantik menarik tertarik kau memang the bomb. Termenung apa tu?" tanpa segan-silunya ucapan itu keluar daripada mulut rakan sebiliknya.

Pandangan Nir ditolehkan kepada suara itu. Memang suka buat orang terkejut budak ni. Alhamdulillah masih belum terheart-attack. Kalau hari-hari diterkejutkan sebegitu alamatnya sakit jantung aku.

"Mana ada termenung, aku buat asignment ni tak nampak ke?" fail-fail yang bertimbun itu ditunjukkan kepada rakan sebiliknya menandakan dia sedang sibuk menyiapkan kerjanya yang banyak.

"Eleh assignment apa pandang-pandang tingkap" Wafa, rakan sebiliknya itu mengajuk kembali bagaimana Nir termenung di tingkap.

"Ish jahatnya. Aku termenung takdelah over sangat sampai macam tu" Satu cubitan dihadiahkan ke peha milik Wafa. Memang ajukan yang dipertunjukkan oleh Wafa agak over. Haih melayan karenah Wafa sememangnya menghilangkan segala tekanan yang terwujud di benak hati.

"Kau ada masalah?" wajah Wafa yang dihiasi senyuman tadi berubah kepada serius. Wafa tahu Nir termenung tadi memikirkan masalah-masalah yang dihadapinya.

Anak mata Nir yang tadinya memandang Wafa dilarikan kembali ke tingkap. Diam membisu. Wafa masih menantikan respons dari Nir. Namun kepalanya dgelengkan.

"Ceritalah kat aku, aku boleh baca muka bermasalah kau tu. Aku dengar semalam Kak Habibah cakap kau balik mengejut lepas dapat call daripada umi. Kenapa? Ceritalah kat aku, apa guna aku sebagai kawan kau."

Suasana menjadi hening seketika. Namun masih gelengan menjadi perespons soalan Wafa. Wafa memang sedia tahu yang Nir merupakan seorang yang suka berahsia. Kadang-kadang dirinya tersinggung dengan sifat Nir yang sebegitu. Langsung tidak mahu diceritakan masalahnya kepada Wafa. Tetapi itu satu perkara yang sangat tidak adil, Wafa sentiasa menceritakan masalahnya kepada Nir, dan Nir? Dia tahu Nir tidak mahu membebankan Wafa dengan masalahnya namun di mana tempat aku sebagai seorang sahabat? Aku bingung Nir aku bingung.

"Sorry" tangan Nir memaut tangan Wafa. Hanya itu sahaja kata yang dapat dikeluarkan daripada mulutnya. Kepalanya didekatkan ke kepala Wafa. Senyuman turut disertakan. Sungguh, manisnya ukhuwwah kerana-Mu.

Bukan sengaja Nir menyembunyikan masalahnya tetapi ada sebab tersendiri. Masih ingat lagi,

"Abuya!" jeritan itu membuatkan dua pasang anak mata menoleh kepada suara itu. Nir berlari mendapatkan umi yang sedang terduduk dek kerana tamparan kuat yang disedekahkan oleh abuya. Tangan umi ditekapkan ke pipi tuanya yang sedang memerah menahan kesakitan.

"Anak jahannam!" pantas tamparan kedua mengenai pipi mulus Nir. Lututnya terasa lemah. Dia tidak kuat melawan seorang lelaki yang sedang dinodai amarah. Kenapa abuya? Kenapa sampai begini?

"Abang, kalau nak pukul janganlah pada Nir, pukullah saya sekuat mana yang abang nak tapi jangan Nir" tangan tua Datin Zulfaridah didepakan bagi melindungi anaknya. Walaupun sakit di pipinya masih terasa namun sakit di benak hatinya lebih kuat bisanya apabila anaknya yang telah dipelihara sejak kecil dilayan seperti binatang.

"Oh kau memang sengaja nak cabar aku ya, Pah?"

Sebelum kaki menjadi alat untuk dilepaskan marah, pantas Nir mendakap kaki milik Dato' Ridhwan.

"Nir! Nir!" jari kecil Wafa dipetikkan di hadapan muka Zinnirah

Pandangan Nir ditoleh ke Wafa, baru dia sedar dia sedang mengelamun. Tanpa disedari juga, air mata tidak diundang turut bergenang.

"Kenapa ni? Okay tak?" risau melihat air mata Nir tiba-tiba berjuraian.

Nir hanya membalas dengan anggukan dan senyuman kelat, Zinnirah mengurut dadanya.

Astaghfirullah, allahu peliharalah diri aku yang lemah ini. Hanya kepadamu aku meletakkan segala pergantungan.

"Dahlah Nir janganlah layan sangat perasaan sedih tu. Ingat segala pergantungan letakkan kepada Allah, pasti ada jalan penyelesaiannya InsyaaAllah. Kau kena yakin. Ya?" kata Wafa itu sedikit sebanyak melegakan hati Nir. Wafa sememangnya seorang sahabat yang sangat memahami, Zinnirah amat menyayangi gadis molek ini kerana sikap prihatin yang diberikan kepadanya.

"Terima kasih Wafa" tangan kecil itu dirangkul.

"Pleasure babe. Em aku nak gerak ni, ada usrah. Assalamualaikum, chaw" tangan mereka yang sedang erat itu dilepaskan. Wafa mencapai beg sandangnya yang berada di birai katilnya.

Langkahannya pantas menuju ke kereta volkswagen biru yang tersergam indah di hadapan rumah banglo yang dikongsi oleh Wafa dan Zinnirah. Rumah ini sebenarnya ialah rumah yang dibeli khas untuk Zinnirah daripada abuya untuk digunakan ketika dia sedang menuntut di universiti. Alhamdulillah kaki sudah melangkah ke alam universiti bermakna rumah ini sudah menjadi milik Zinnirah.

No comments:

Post a Comment