Bab 2

Suasana menjadi hingar-bingar di dewan kuliah iaitu di fakulti kejuruteraan dan alam bina dengan suara gadis-gadis bergelak sakan, berborak tak berpenghujung.

Gosip. Perkara yang tak lari daripada wanita kini.

"Nir, buat apa tu?" satu suara menyapa lantas melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.

Pandangan Nir ditolehkan untuk melihat si pencakap tadi. Satu senyuman yang menampakkan lesung pipit di pipi kirinya diberikan untuk menjawab soalan itu. Di tangannya tersemat pen biru dan beberapa kertas di atas mejanya.

"Rajinnya belajar ya Nir. Teruskanlah. Sorry kacau." Najma, gadis bertudung labuh itu mengangkat punggungnya ingin beredar daripada tempat itu.

"Haa sebelum terlupa, Kak Bi kata petang ni takde usrah. Kak Bi balik kampung" sambung Najma. Najma juga merupakan mutarabbi dalam usrah Kak Bi.

"Oh, yakah? Okay, terima kasih"

Meja pensyarah yang berada di hadapan ditenung. Haih bilalah Dr. Kang nak sampai. Kepalanya tidak dapat berfikir melainkan fikirannya hanya tertumpu pada peristiwa hari itu. Dia masih ingat lagi sebelum peristiwa hari itu berlaku, Zinnirah terlihat abuyanya di pub berdekatan dengan kedai-kedai yang seringkali diperginya.

Malah keadaan abuya ketika itu sangat-sangat mengejutkan Zinnirah apabila disisi abuyanya ada gadis-gadis yang melentok-lentokkan tubuh serta memeluk abuyanya dengan pakaian yang tidak cukup kain gamaknya dan tidak mematuhi hukum syarak.

Pada waktu itu Zinnirah sedang berada di dalam kereta Wafa. Dia duduk di seat sebelah pemandu sementara menunggu Wafa membeli barang di kedai Speedmart. Abuya kelihatan terumbang-ambing tatkala sedang berjalan bersama gadis-gadis murahan yang sedang memeluk abuyanya. Gaya abuya ketika itu seperti orang mabuk.

Pintu di bahagian pemandu dikuak, Wafa masuk lantas melabuhkan punggung dihiasi senyuman meleret seolah-olah berlaku sesuatu yang menyeronokkan.

"Guess what, cadburry banyak lagi!" suara jeritan Wafa kedengaran bingit memenuhi ruang kecil di dalam kereta.

Tiada respons. Mata Nir masih fokus memandang sesuatu.

"Nir! Dengar tak?" tangan Wafa dipetik betul-betul di hadapan mata Nir. Akhirnya Nir kembali ke dunia nyata. 

"Wafa, kau tunggu kejap. Aku nak keluar" pintu dibuka pantas. Langkahan kakinya dipercepatkan. Hatinya berkocak melihat maksiat yang berlaku depan matanya.

Tangannya meraba-raba beg tangannya mencari telefon, Selepas telefon berada dalam genggaman pantas nombor telefon uminya didail.

"Abuya ada kat rumah?" kata itu terpacul dahulu sebelum salam yang selalunya menjadi pendahuluan perbualan mereka.

"Abuya takdelah Nir. Ni dah kenapa tergopoh-gopoh sangat ni sampai salam pun tak bagi ni. Hello? Hello? Assalamualaikum?" tidak sempat kata-kata uminya berpenghujung, telefon sudah dimatikan terlebih dahulu oleh Nir.

Memang tidak salah lagi itu abuya. 

"Abuya!" jeritan itu membuatkan tiga pasang mata memandang tepat ke arah jeritan itu.

Mata abuya terbeliak memandang figura yang berada di hadapan matanya. Abuyanya tadi sedang memeluk-meluk gadis murah itu dilepaskan, bajunya yang kelihatan selekeh diperbetulkan, tali leher yang agak ke bawah diperkemaskan. Gadis-gadis murah itu pelik melihat tingkah abuya yang secara tiba-tiba berlaku aneh. Ni bukan abuya yang aku kenal.

Air mata yang menyimbah muka Nir dilap. Tiada gunanya air mata dibazirkan untuk menangisi orang begini. Abuya yang dikenalinya dulu seorang ustaz di kampung, orang yang beragama lagi ternama. Kini seperti seorang bapa ayam yang sudah hilang pegangan dan maruah diri.

"N..Ni..Nir, Nir buat apa kat sini?" kerongkongnya seperti disekat oleh sesuatu menyebabkan kata-katanya tergagap.

"Nir.. Nir tak sangka abuya, Nir tak sangka!" Nir pantas berlari mendapatkan keretanya di hadapan kedai Speedmart. Air mata yang masih berjurai disekanya berkali-kali namun masih lebat menghujani pipi. Hatinya panas, sakit, pedih, perit!

Selepas peristiwa itu berlaku, kepercayaannya pada abuya hancur. Kata-kata hikmah yang seringkali disebut-sebut oleh abuya seolah-olah dusta dimatanya. Ceramah-ceramah yang dibuat oleh abuya seolah tipu belaka. Ya, abuya memang seorang yang sangat teruk. Namun baik di mata orang. Itulah hakikat yang dia harus dipegang bagi menjaga nama keluarga.

***

Enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak ditekan, stereng kereta dipusing. Ah, dia tersenyum bangga. Kereta kesayangannya masih sihat walafiat walaupun sudah setahun ketiadaan dirinya namun sedikit berhabuk. Tak apa kejap lagi boleh mandikan.

Setelah puas meneliti kereta Mercedes-Benz berwarna hitam berkilat kesayangannya, dia keluar dari keretanya. Dia tahu tiada sesiapa yang akan menyentuh kereta kesayangannya walaupun dia tiada di rumah. Buktinya keretanya masih dalam keadaan yang sama sebagaimana dia meninggalkan keretanya di garaj. Mamanya pun tidak mahu ambil kisah. Papanya apatah lagi, siap ada dua kereta.

Dia mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Diperhati seluruh isi rumah dan di segenap sudut di situ. Tiada perubahan, masih kekal sama. Dia menghirup udara nan segar di dalam rumahnya. Ahh rindunya!

"Mama!" dia menuju ke dapur seperti kebiasaannya apabila terhidu bau masakan mama, seolah-olah ada aura yang memanggil-manggilnya ke dapur.

Sebelum sempat kakinya bertapak di dapur mamanya sudah menatang dulang yang terdapat mangkuk sambal hijau ikan keli yang sememangnya kecur air liur sekiranya dipandang.

"Angah nak apa? Nak makanlah tu!" perli mama tatkala melihat tubuh anak lelakinya yang seorang itu sedang mendekati dapur.

Zahirul Adham menyengih seperti kerang busuk. Alah macam tak biasa pula mama ni. Mereka menuju ke dining room untuk menjamah makanan mama.

Sedang mereka menikmati masakan mama, mata Adham meliar. Dia teringatkan sesuatu. Patutlah rumah ini terasa kosong dan sepi, Baru dia teringat,

"Mana adik-adik angah?" soalan diaju meminta kepastian.

"Kenapa? Rindu?" mamanya membalas selamba.

Zahirul menunduk, dia sedikit terkilan. Kenapa pada hari kepulangannya tiada siapa di rumah malah adik-adik kesayangannya juga tiada. Seolah-olah mereka tidak ternanti-nantikan aku. Mereka tidak rindukan aku ke?

"Adik-adik semua sekolah, dah kamu pun satu pergi balik hari rabu kenapa?" mama menyatakan kebenaran, tidak sampai hati mama melihat angah cemberut.

Kalaulah budak-budak tu tahu yang angah akan pulang hari ini mahunya budak-budak itu minta untuk ponteng. Pada mereka, angahlah segala-galanya.

Adham menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Malu! Itulah, emo sangat.

"Along mana? Alang?" sekali lagi soalan dicemuh.

"Along on the way nak ke sini, Alang tak boleh balik dia ada final exam."

"Oh" jawab Adham ringkas. Pantas dia menhabiskan nasi yang masih berbaki di pinggannya. Sudah tak sabar ingin pusing-pusing Kuala Lumpur dengan keretanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa dari luar rumah.

Suara itu memang sangat dikenalinya, Along!

"Waalaikumsalam" pantas kaki mengorak langkah menuju ke pintu rumah ingin menyambut kehadiran Along yang dinantikan dari tadi.

No comments:

Post a Comment