Bab 3

Telefon pintarnya diletakkan kembali ke atas meja. Senyumannya terukir. Terasa bahagia seketika.

"Fuh gembira betul kau, kenapa? Mesej dari pakwe tercinta ke?" pantas aja Wafa mengetahui tindak-tanduknya. Air coklat panas yang dibancuhnya tadi dihirup perlahan, bersahaja.

"Kali ni bukan dari pakwe, daripada makwe!" Nir menekan sedikit perkataan makwe yang disebutnya. Tawanya berderai tatkala memberi statement sedemikian.

"Penyakit lesbian kau sekarang makin menjadi kan, aku simbah dengan hot chocolate aku ni karang baru tau nak tobat!"

"Daripada kau simbah benda tu, baik kau kasi aku minum je. Tak membazir. Jimat duit. Kan?" cawan coklat panas Wafa bertukar tangan. Perlahan Nir menghirup seteguk air itu.

"Kau kenapa gembira sakan je ni? Siap minum air aku lagi, kenapa sebenarnya?" Wafa mulai mempersoalkan walaupun tidak pasti gadis ini akan menjawab pertanyaannya atau tidak.

"Sebenarnya..." 

Kening Wafa sedikit terangkat, menantikan perkataan seterusnya.

"Sebenarnya hari ni, hari jadi aku."

Wafa berkerut. biar betul dia ni.

"Lah, pesal berkerut pulak? Tak nak wish aku ke?" Kali ni Nir pula yang berkerut.

"Weh gila, kita dah duduk sebumbung dekat dua tahun baru kau nak bagitahu birthday kau? Kau nak aku percaya ke tak nak ni?" Wafa merampas kembali air cawan coklat panasnya itu.

"Lah, tahun lepas waktu birthday aku kau mana ada kat rumah. Celebrate lah aku sorang-sorang." Rautnya yang berkerut tadi kembali kepada raut asalnya. Hal itu yang Wafa marahkan, ingatkan apalah.

"Yalah yalah, sorry. Haaa siapa yang message tadi?" Wafa masih meneka-neka siapalah gerangan makwenya tu.

"Kau rasa siapa? Mak akulah. Belum berkesempatan nak ada suami." Lidahnya terjelir keluar. Sekali-sekala menyakat housemate sendiri apalah salahnya kan.

***
Badannya dihempas ke atas katil. Matanya tertancap setia pada telefon pintarnya. Entah apa yang dinantikan.

Ya, tidak dinafikan. Dia sangat merindui tubuh itu, dia ingin sekali mendakap tubuh itu, dia ingin sekali melindungi tubuh itu.

Namun sudah tidak bermakna lagi harapannya. Kesilapan yang dulu dilakukan sememangnya tidak dapat dimaafkan. Dirinya yang begitu menyayangi tubuh itu bertukar kepada sang rakus yang kelaparan dek hilangnya kewarasan.

Dia sangat mengingati hari ini. Hari yang sangat bermakna buat dirinya dan dia. Kalau dahulu mereka bersama-sama tetapi hari ini dia berseorangan. Entah apa yang dia lakukan sekarang. Kalau dia tahu apa akan jadi pada hari ini, sudah tentu disesali perbuatannya yang dulu. Namun, takdir tidak akan sama sekali berubah. Dia tahu sepatutnya dia redha.

Wajah gadis itu terpempang di telefon pintarnya. Masih ada sisa-sisa rindu yang masih berbaki, hatinya tidak pernah beralih dan bertukar ganti. Hanya gadis ini yang masih bertakhta di dalam hatinya. 

Air matanya berguguran. Walaupun bergelar lelaki, tapi dia masih punya hati. Rasa yang sudah tidak tertahan. Rasa perit dek kerinduan hanya dia yang merasakan.

Dia bangun, air matanya diseka berkali-kali. Ya, dia sudah bernekad. Dia akan cari gadis itu kembali. 

***
Kaki mereka bergerak seiring. Kedengaran halusan tawa mereka. Angin beralun menolak tudung mereka, gaya mereka tak kurang seperti heliza helmi di dalam iklan syampu sunsilk.

"Baru tadi kau cakap nak belanja aku, tiba-tiba tak nak pulak. Buruk siku!" Nir mencebik, faham benar dengan sikap Wafa yang begitu. Cakap lebih, hasilnya haprak.

"Pokailah weh, sorrylah." Wafa menayangkan sebaris giginya yang putih maklumlah pengguna setia ubat gigi darlie.

Tiba-tiba kaki Nir berhenti menapak, seolah-olah ada renjatan elektrik terkena tubuhnya. Matanya terpana melihat sesuatu. Dia hanya berdiri statik tidak bergerak.

Wafa yang sudah terlanjur kedepan pelik akan tingkah Nir yang secara tiba-tiba berhenti tengah-tengah jalan. Mata Nir seakan-akan memfokuskan sesuatu. Terus diekori hala tuju mata Nir yang menghala ke deretan kedai-kedai di sebelah jalanraya itu.

Seorang lelaki.

Nir memerhatikan seorang lelaki.

"Nir pandang siapa tu?" soalan itu diajukan kepada Nir meminta kepastian walaupun sudah diketahui siapakan gerangan yang diperhatikan itu.

No comments:

Post a Comment