Bab 5

Matanya melilau. Otaknya ligat berfikir cara untuk bertemu dengan dia.

"Oii! Tengoklah depan tu! Kang accident kang Along pun jadi mangsa." Alongnya pula terlebih risau melihat angah yang langsung tidak fokus ketika memandu.

Zahirul Adham kembali fokus memandu sesudah dikejutkan oleh Alongnya. Ruang kecil dalam kereta itu menjadi sunyi seketika.

"Along." Zahirul Adham bersuara memecah kesunyian.

"Ya?"

"Nak tanya sikit boleh?" soalan diajukan sedikit ragu-ragu.

"Lah, tanya jelah. Sejak bila reti minta izin?" kehairanan Habibah melihat adiknya yang teragak-agak ketika bertanya. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya tatkala ini.

Deringan telefon iphone yang dimiliki Habibah bingit berdering minta diangkat.

"Kejap eh ngah" pantas sahaja dia menyeluk beg tangannya dan meraba-raba mencari telefon. Selepas berjaya mencapai telefon pintarnya digagangkan supaya lebih mudah untuk menjawabnya.

"Assalamualaikum" salam dihulur pembuka bicara.

"Waalaikumsalam. Kak Bi, Zinnirah ni" talian sebelah pula bersuara.

"Oh, Nir. Kenapa?" Mungkin sedikit terkejut buat Habibah kerana mendapat panggilan daripada adik usrahnya yang jarang sekali menelefonnya.

"Kak Bi ada kat kampung ke? Saya tanya ni sebab tadi Wafa bagitahu saya dia nampak Kak Bi tadi." Nir bertanya meminta kepastian. Tetapi niatnya sebenar adalah ingin mengetahui tentang usrah mereka. Usrah akan diadakan atau tidak hari ini.

"Kak Bi cuma balik rumah ibu Kak Bi je. Bukan balik kampung. Najma tersalah cakaplah tu" Kak Bi menerangkan kembali keadaannya. Tenang sahaja pertuturannya dikeluarkan. Sepadanlah dengan wajahnya yang agak molek dan berseri itu.

"Dan sebelum terlupa, usrah Kak Bi dah batalkan." sambungnya lagi.

"Baik Kak Bi. Itu je saya nak tanya. Assalamualaikum" Zinnirah meletakkan telefonnya dahulu.

"Waalaikumsalam."

Terasa rindu pula pada adik usrahnya yang seorang itu. Walaupun pendiam tetapi dia sangat berminat tentang usrah. Dialah orang yang paling fokus sekiranya ada perkongsian ilmu. Ya, Zinnirah lain dari orang lain. Dia sentiasa dahagakan ilmu.

'Nir? Zinnirah ke?' Zahirul Adham memikirkan tentang Nir yang disebut oleh Alongnya tadi. Zinnirah turut serta dalam usrah Along ke?

"Haa... Apa angah nak tanya tadi?" Habibah kembali bertanya angahnya soalan yang tergantung tadi.

Sebuah senyuman dihadiahkan untuk Along. Kepalanya digelengkan seolah-olah dia cuba nak mengatakan "Lupakan". Niatnya nak bertanya ditangguhkan dahulu. Bukan tidak mahu tanya. Belum bersedia mungkin. Kalau Nir yang dimaksudkan itu ialah Zinnirah yang dicarinya itu bagaimana? Apa yang akan dibuatnya?

Habibah sedikit pelik dengan senyuman adiknya. Seolah-olah ada makna disebalik bibir itu namun dibalas juga senyumannya.

*

Datin Zulfaridah memandang wajah polos anaknya. Walaupun tahu anaknya cukup terbeban dengan keadaan sekarang masih juga tabah menghadapinya. Sesungguhnya dia sangat menyayangi anaknya yang seorang itu. Sudahlah menghadapi masa lampau yang gelap, sudah cuba dicerahkan. Namun bukan semua mudah. Tuhan berikan hamba-Nya ujian untuk menambah keimanan mereka. Diusap kepala anaknya penuh kasih.

"Ish kenapa pandang Nir macam tu?" Nir bersuara. Mana tidaknya, dari tadi ibunya memandang Nir tidak bertoleh malah berkelip. Ada apa-apakah pada wajah aku? Jerawat?

"Tak, muka Nir ni haa. Ada taik mata. Baru bangun tidur ke anak umi ni?" umi cuba berseloroh.

"Eh yeke?" tangannya tercari-cari taik mata yang dikatakan oleh ibunya walaupun dia tidaklah baru bangun tidur. Mana mungkin baru lepas maghrib tidur.

Datin Zulfaridah mengekek geli hati melihat anaknya yang begitu percaya dengan kata-katanya.

"Happy birthday anak umi!" Dia menukar topik.

"Aww thanks umi" Nir begitu terharu dengan uminya. Pantas dia memeluk tubuh wanita yang sudah mengandungkannya selama 9 bulan itu. Tidak terucap betapa sayangnya Nir akan umi.

Gedegang!

Bunyi pintu utama ditutup dengan kuat menyebabkan kedua-dua wanita itu terkejut. Tubuh seorang lelaki meluru masuk itu seperti baru lepas berlari disebabkan peluh-peluh renek terselindung dibalik rambutnya. Baju yang dipakainya juga basah teruk sebab peluh. Matanya tajam memandang kedua-dua wanita itu.

"Abuya..." Nir bersuara walaupun sedikit takut ketika itu.

"Kau buat apa kat sini?" lelaki itu meninggikan suara. Tanpa menunggu jawapan balas dia berlalu naik ke tangga.

Aneh, pelik! Bukan apa, tadi tanya macam nak makan orang lepastu pergi macam tu je?

"Abuya memang selalu macam tu. Nasib baik umi tak diapa-apakan." tiba-tiba kata-kata itu umi luahkan seolah-olah umi menjawab persoalan yang bermain di benak fikirannya.

"Tak payah risaulah, semuanya okey. Dah pergilah solat isyak dulu" sambung umi. Umi sudah makan garam jadi dia lebih mengetahui bagaimana sebenarnya abuya. Sudah hidup sebumbung dalam jangka masa yang lama menyebabkan dia sangat mengenali abuya.

Walaupun hidup dalam kemewahan harta, namun kebahagiaan bukannya terletak pada kuantiti mahupun kualiti harta. Kebahagiaan hanya mampu dimiliki dengan kasih sayang bersama.

"Baik umi." Nir bingkas bangun kemudian masuk ke biliknya untuk menunaikan solat isyak. Sebaik-baiknya kita dirikan solat adalah di awal waktu. Kata murabbinya kita bukan semata-mata perlu bersolat malah kita perlu menjaga solat. Jaga solat ini adalah menjaga dari segenap sudut, dari sudut waktunya, wuduknya, khusyuknya dan banyak lagi. Bukan semata-mata mendirikan solat tetapi menjaga solat.

*
Bacaan doa yang dibacakan oleh Zahirul Adham begitu menggegarkan hati mereka. Maksudnya yang mendalam menenggelamkan mereka dengan suaranya yang merdu mengalunkan nama-nama Allah. Seolah-olah benar-benar menghayati bait perkataan yang diucapkan olehnya.

Setelah bersama-sama mengaminkan doa tersebut mereka bersalaman sesama mereka. Sudah lama mereka tidak solat berjemaah sekeluarga. Adham mendekati mama setelah bersalam dengan semua adik dan kakaknya.

"Mama" tangan mamanya dirangkul kemudian dicium tangan yang bersusah-payah membesarkan dia dan adik beradiknya. Sungguh tidak terbalas segala pengorbanan mama. Kemudian pipi pula dijadikan mangsa melepaskan rindu. Pipi mama yang sedikit tembam itu diciumnya.

"Angah minta maaf, ma. Angah banyak buat salah" kelopak matanya mulai berkolam. Memang. Memang dia banyak buat salah kepada mamanya. Dosa yang dilakukan dahulu pasti sukar dimaafkan. Tubir matanya sudah tidak mampu menahan air yang semakin deras keluar daripada matanya. Akhirnya air matanya menghujani pipi. 

"Angah..." suara mama terputus dek kerana air mata yang terlebih mendahului percakapannya.

"Mama dah lama maafkan angah" mama menyambung kembali kata-katanya yang tergantung tadi. Diusapnya ubun-ubun angah. Kemudian dilapkan air mata yang jatuh daripada kelopak mata anaknya. Ibu mana yang tega untuk tidak mengampun anak kandung sendiri. Mereka saling berpelukan, lama.

"Sudahlah, jangan difikirkan lagi. Pergilah naik atas tidur" mama melepaskan pelukan itu.

Sejadah-sejadah yang terbentang tadi dilipat kemudian disusun pula di rak sejadah. Rak telekung pun turut dikemaskan. Seorang demi seorang berlalu meninggalkan bilik solat itu. Adham menjadi orang terakhir yang berada di bilik solat itu. Remote penghawa dingin bilik itu dicapai dan ditekan punat off yang menjadi punat paling besar pada remote tersebut. Lampu juga tidak lupa ditutup suisnya. Kakinya mengorak langkah meninggalkan kamar solat selepas memastikan semua suis ditutup.

Sebelum Adham naik ke bilik tidurnya, dia menyinggah dahulu ke dapur untuk minum sedikit air putih. Sudah menjadi tabiatnya sebelum tidur akan minum segelas air putih. Mungkin itulah rahsia ketampanan wajahnya yang tidak kalah dengan Amar Baharin pelakon terkenal itu.

Tatkala menuju ke dapur, kelihatan Along dan adiknya Nani di dapur. Mengemas mungkin. Keberadaan mereka di dapur diabaikan sahaja. Setelah mengambil gelas diisikan gelas tersebut dengan air daripada mesin coway. Sebelum ditekan tempat air itu, Adham memusingkan kepala yang terdapat tulisan 'cool' kepada 'room', barulah ditekan tempat air tersebut.

Dia melabuhkan punggung di kerusi di dining room untuk menikmati air putih yang dituangnya tadi. Ketika meneguk air tersebut, dia terlihat telefon pintar Along yang berada di atas meja makan. Entah kenapa naluri begitu memaksanya untuk mendekati telefon itu.

Dia bangun lantas mendekati telefon tersebut. Matanya meliar mencari kelibat Along dan Nani. Selepas dipastikan mereka tidak berada berdekatan, dia membuka telefon Along. Matanya kembali meliar melihat sekeliling mana tahu ada juga yang melihat walaupun bukan Along. Buatnya dituduh mencuri, naya.

Ah, ada lock screen pula!

Adham cuba memikirkan nombor yang mungkin menjadi password Along. Hari jadi? Nombor telefon? Adham mencuba beberapa kali dan gagal. Namun tidaklah begitu susah, rupanya nombor telefonnya yang paling hujung.

Setelah berjaya meloloskan diri daripada password, dia mencari log panggilan yang masuk pada hari ini. Dia mencari nama Zinnirah, sekalipun bukan Zinnirah dia mencari nama yang lebih kurang macam Zinnirah. Nir, Irah dan sebagainya.

'Zinnirah Ridhwan' jumpa!

Ridhwan? Dato Ridhwan? Jantungnya bedegup kencang. Debarannya sangat terasa. Dia yakin inilah Zinnirah yang dicarinya. Zinnirah yang dikenalinya dulu juga ber'binti'kan Ridhwan. Jadi tak salah lagi.

"Angah, angah buat apa dengan telefon Along" Along mendekati angah, sedikit pelik. Telefonnya berada dalam genggaman tangan Angah.

"Eh, Along! Takde apa. Angah naik dulu" telefon itu diletakkan kembali ke atas meja dengan rapi. Pantas kakinya menapak menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya.

Gelas yang digunakan untuk minum tadi masih berada di atas meja. Sibuk melarikan diri, gelas pula terlupa hendak dibasuh.

Pintu bilik dikunci ketika menutup pintu tersebut. Badannya dihempaskan ke atas katil yang bersaiz king itu. Ditenung nombor di telefonnya yang diambil daripada telefon Along tadi. Dia sangsi. Telefon atau pun tidak. Mesej atau pun tidak.

Tanpa berfikir panjang dia menekan butang dail yang berwarna hijau. Mahu gugur jantungnya tatkala menunggu jawapan balas. Debarannya Tuhan sahaja yang tahu.

Tut tut. Tut tut...

Degupan jantungnya makin pantas. Kalau panggilannya diangkat apa yang akan dikatakan kepada gadis itu? Mahukah gadis itu menjawab sekiranya dia tahu akulah gerangan yang menelefonnya?

*

Setelah lama tangannya ditadah akhirnya kedua-dua tangan itu ditekupkan ke muka, lama. Kain telekungnya yang mengenai mukanya itu mulai basah dek air mata yang sudah membanjiri wajahnya. Segala resah gelisah di benak jiwanya sudah diluahkan kepada Yang Esa.

Walaupun sudah 3 tahun peristiwa itu berlalu, namun bukan mudah buatnya untuk melupakan kejadian itu. Atas kebodohan sendiri dia terjerat dengan cinta yang akhirnya memusnahkan diri sendiri. Sejak dari peristiwa itu dia sudah bertekad untuk berubah dan ingin jadi diri yang baru.

Zinnirah yang baru. Zinnirah yang sudah berubah. Berubah menjadi hamba Tuhan. Bukan lagi hamba kepada cinta manusia.

Oleh sebab itu, penampilannya mulai berubah. Dia yang dahulunya sering memakai pakaian ketat dan jarang, tudung yang hanya semata-mata menutup rambut dan kepala. Sekarang dia tahu apa padahnya. Berpakaian tapi hakikatnya bertelanjang. Jadi, dia sekarang sudah mula mengenakan pakaian yang agak janggal padanya. Pakaian yang sentiasa berlitup dan hanya mendedahkan bahagian muka dan pergelangan tangan sahaja.

Walaupun perubahan itu agak janggal padanya namun ia sebenarnya agak mudah kerana perubahannya disokong oleh abuya dan uminya yang juga merupakan orang-orang beragama. Dia mulai mendekatkan diri dengan Tuhan. Dia juga selalu bertandang ke masjid dan mendengar kuliah serta menyertai aktiviti masjid.

Dia juga berazam untuk lupakan peristiwa yang menghantui dirinya sekian lama itu dan maju ke hadapan. Dia tidak mahu lagi mengenang kisah duka yang perit untuk diterimanya itu lagi.

"Mengapa harus kita rasa kecewa sedangkan Tuhan lebih mengetahui.."

Lagu nyanyian I Voice itu kedengaran menunjukkan ada panggilan masuk ke telefonnya. Zinnirah yang sedang duduk di atas sejadah itu menyeka air matanya yang tumpah lalu bingkas bangun dan mencapai telefonnya yang berada di birai katil.

"Assalamualaikum" salam dijadikan pembuka bicara Zinnirah.

"Waalaikumsalam. Err... Zinnirah.." Suara dari talian sebelah pula bersuara.

"Ya.."

No comments:

Post a Comment