Bab 4

"Zinnirah." Hatinya berdetak.

Mata mereka melekat sesama mereka. Akhirnya jumpa juga gadis yang dicari

Kaki Nir semakin mengundur.

Ah, lelaki itu masih wujud rupanya. Nir menoleh ke belakang dan menapak dengan laju menjauhi tatapannya tadi. Tipu. Tipu! Apa dia buat kat sini?

"Zinnirah!" nama gadis itu dilaungkan kuat, namun tiada jawapan balas.

Wafa yang masih berdiri di situ termangu-mangu aneh. Drama apa yang ditontonnya secara langsung tadi. Siapa lelaki tu? Apa hubungan dorang? Kenapa dia panggil Nir? Kenapa Nir larikan diri? Ni mesti benda yang Nir rahsiakan daripadanya juga, ah!

Lelaki itu menapak beberapa langkah seperti ingin mengejar Zinnirah lagaknya namun dihalang oleh seorang perempuan.

"Eh, angah nak pergi mana?" suara perempuan itu secara automatik menyebabkan tindakannya untuk mengejar Nir terhenti.

"Along! Cepatnya along beli barang." lelaki itu tidak keruan.

"Eh ni alonglah biasalah!"Alongnya sudah mengeluarkan kepak.

Zahirul Adham menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aduh along ni time nilah dia spoil. Matanya masih meliar mencari gadis itu walaupun sudah diketahui takkan jumpa sebab gadis itu sudah lari.

Mata Zahirul Adham tiba-tiba terpandang seorang wanita yang masih berdiri tegak di tempat Zinnirah berada tadi. Mesti dia rapat dengan Zinnirah. Kawan baik?

"Heii tengok apa tu?" Alongnya kembali bersuara melihat angah yang tidak memberi sebarang respon.

Along mengalihkan pandangan kepada wanita yang menjadi tatapan Zahirul Adham dari tadi. Wanita tatapan adiknya adalah seorang gadis berbaju blaus moden berwarna ungu yang dipadankan dengan tudung shawl dan skirt labuh yang berwarna hitam. Manis.

Eh? Tu bukan Ummu Wafa ke?

"Ummu!" laung Along.

Ummu Wafa yang dari tadi memerhati angah mulai tersedar.

"Ehh, Kak Bi!" Ummu membalas laungan itu lantas mengatur langkah mendekati Kak Bi yang sedang berdiri bersama seorang lelaki disebelahnya yang tidak dikenali dan lelaki yang panggil nama Zinnirah tadi.

"Siapa ni Kak Bi?" matanya dijojolkan ke arah lelaki itu.

"Oh ni adik akak, Zahirul Adham" Zahirul Adham menguntum senyum buat gadis itu.

Ummu hanya mengangguk dengan wajah yang sedikit kerek kepada Zahirul Adham.

Ei aku dah senyum kau buat muka kerek pulak. Fikir aku terhegeh kat kau ke! Hatinya membebel sendiri.

Deringan telefon Wafa menarik perhatian kesemua mereka lantas mematikan perbualan. Wafa meneliti pemanggil itu.

"Eh saya pergi dululah, pape roger" Wafa meminta izin mengundur diri sebelum diangkat telefon itu sambil tangan kanannya dibuat seperti gaya menelefon. "Assalamualaikum" Dia mulai menapak menjauhi Kak Bi dan Zahirul Adham.

*

"Aduh mana Wafa ni lamanya" Sudah beberapa kali dia mengerling jam tangannya dengan perasaan gusar. Jam di dinding gerai Wak Ali itu pun sudah ditatap berkali-kali. Sedangkan baru lima minit dia menunggu gadis itu sudah tidak keruan sendiri.

Tidak berapa lama kemudian, datang sekujur tubuh yang berdiri betul-betul di hadapannya. Orang yang dinantikan sudah sampai.

"Aku dah sampai." Kerusi yang bertentangan dengan Zinnirah itu ditarik kemudian melabuhkan punggung diatasnya. Beg tangannya diletakkan di atas meja. Kakinya disilangkan.

"Emm Wafa... A... a.. aku minta maaf. Aku... aku.. Aku terpaksa larikan diri tadi. Sorry" sepuluh jarinya disusun. Serba salahnya  menyelubungi diri. Sudah kali ke berapa entah dia lakukan kepada Wafa sebegitu.

Wafa memandang Nir seolah-olah meikirkan sesuatu.

"Cerita dekat aku semuanya" wajah Nir ditatap dalam.

"Ahh..." Zinnirah menggelabah. Sedaya upaya dia rahsiakan perkara ini takkanlah dibukakan begitu sahaja kepada orang lain.

Sudah diagak reaksi Nir akan berubah. Dia pasti ingin merahsiakan perkara itu daripadanya. Yalah, apa sahajalah cerita yang akan dikongsikan kepadanya. Tidak pernah sekali pun diceritakan.

"Tadi aku jumpa Kak Bi" Wafa mengubah topik kerana kasihan melihat Nir yang sudah menggelabah.

"Oh yeke?" Nir sudah mula menguntum senyum. Dia gembira apabila topik sudah berubah. Tidak perlu difikirkan jawapan bagi setiap satu soalan yang akhirnya menjawab semua persoalan.

"Kak Bi keluar dengan adik lelaki dia tadi"

"Oh." Nir mengangguk tanda faham.

Eh sekejap sekejap.

"Kak Bi? Kak Bi bukan balik kampung ke?" Zinnirah sedikit hairan.

"Entah"